Friday, May 10, 2013

Navy and me..

Assalamualaikum,demam PRU 13 masih ada lagi nampaknya.Bagi aku pulak demam exam la pulak lepas nih. Assignment pun dah selamat di submit, so aku curi sikit masa gian nak tulis blog. Hari ni aku nak cerita sikit la rutin aku ni sebagai isteri seorang TLDM. Sebelum kawin aku memang tak tau apa pun pasal TLDM yang aku tau tentera darat je la sebab arwah papa aku dulu tentera darat.Bila kawin dengan en.suami barula aku terdedah sikit dengan apa itu TLDM. Sebagai isteri seorang navy, kesabaran yang tinggi harus ada..ye...lah dah 11 tahun aku belajar untuk bersabar dan berdikari.Maklumlah asyik kena tinggal je kan kalau ada operasi atau duti.Tapi yang tak bestnya bila en. suami belayar aku ditinggalkan...huaaaa....(huh ngengada)tapi belayar pun bukannya lama pun,paling lama 3 bulan je..tapi dalam 3 bulan tu, bersilat jugaklah aku urus semua benda sorang-sorang.Tapi takpe itu semua cabaran untuk aku dan pengalaman yang sangat berharga.

Kalau en. suami belayar aku la jadi driver tukang hantar, ambik en.suami kat kapal.Yang bestnya dapat la aku tengok macam-macam kapal perang yang ada kat jeti pengkalan tu.Bukan senang nak tengok kapal-kapal tu dari dekat, setiap kali aku dapat masuk kat jeti memang wow...besonya kapal..kejakunan aku sangat menyerlah..en.suami relax je keluar dari perut kapal.Aku memang teringin nak naik kapal tp kapal tldm ni bknnya blh sesuka ati je nak naik.Makanya aku hanya mampu tengok je.tapi yang paling best kalau en.suami belayar contohnya macam ke Langkawi, Sabah, Sarawak ataupun ke luar negara, mestilah aku akan meng`oder' cenderamata sebagai kenangan.(kalau dah main oder tu bukan nya cenderamata hoii).
tengok dari jauh nampak kecik je..pegi dekat-dekat,peel  jakun tiba-tiba datang
e.suami membawa cenderamata yang aku order hi..hi..
biasanya kapal en.suami parking kat jeti pengkalan

kadang-kadang kapal en.suami parking kat dockyard....yang tu kapal tu, bukannya  bangunan 
Haa...layan tak gambo kat atas tu? Itu la yang boleh aku cerita.Banyak lagi nak cerita tapi bantal dah memanggil-manggil aku nih...Jumpa lagi.

Friday, April 12, 2013

Padanya Ada Hikmah

Assalamualaikum,
Apa khabar semua.Macam biasa, ayat pembuka kata dah lama tak berblog.."Lamanya, tak update blog".awal-awal tahun memang semuanya tak dan.Nak tulis blog pun tak sempat.Ni pun ada sikit masa yang terluang.Bila dah sibuk(amboi ,kalah PM) macam-macam perkara akan dirungutkan.Dan memang sifat semulajadi aku suka sangat merungut walaupun dalam hati je(memang tak bersyukur beno aku ni kan). Dah banyak kali insaf kononnya tak nak merungut lagi,tapi asyik la aku ni digoda oleh syaitonnirrojim dan terpedaya lagi.Merungut lagi.Huiissyyy.Jadi sesekali aku ni muhasabah diri jugak la.Maklumlah dah meningkat usia ni,banyak benda yang membuatkan aku pandang ke belakang semula.Menilai diri.Pandang je ..tak lah sampai nak kembali macam dulu-dulu.Kebetulan dapat baucer buku 1M aku adalah beli sebuah buku ni.


dah lama rasanya tak beli buku .Kalau novel pun,aku baca bahagian muka surat akhir je,sebab dengan membaca ending pun aku dah tahu macam mana ceritanya.Wah hebat kan!
yang buat aku tertarik beli buku ni, tentulah disebabkan wajah yang ada di kulit buku tu,Prof. Dr. Muhaya dan kata-kata di kulit buku tu, 'Untuk manusia, Tuhan tidak pernah memberi kisah yang sia-sia'.Jadi kawan-kawan jom baca buku ni. Pengisiannya menarik sangat dan banyak perkara boleh di buat pedoman dalam hidup kita nih.Yela asyik layan ombak rindu, Adam dan hawa yang tebal bukunya  je kan sesekali tuko la pulak.Okla, jumpa lagi.


Friday, February 15, 2013

Cuti-cuti makan

Assalamualaikum,
Tahun baru Cina ni aku cuti seminggu,amboi kemain lama lagi.Tapi lepas ni siap la kena ganti. Aku tak pegi mana pun. Balik kampung sekejap lepas tu duduk di rumah sahaja. Bila duduk kat rumah mula perut asyik meragam je lagi-lagi cuaca pun mendung je. Anak aku lagi la asyik lapar je . Makanya aku pun buatlah sesuatu yang tak perlu aku masuk dapur banyak kali.Apa tu?Tadaaa.....
kek coklat
mushroom soup with croutons
Kek coklat ni aku buat sebab bahan-bahan memang dah ada. Senang anak-anak aku nak ulang-ulang makan. Mushroom soup tu pulak senang je aku guna mushroom campbell tu je.Haa...senangkan. Ada pulak roti yang dah dekat nak expired so aku buat croutons lepas tengok resepi kat  SINI. Ok jugak.Crouton ni boleh simpan kalau tak habis.Tapi tak dan simpan pun habis anak aku baham.Ok jumpa next entri.

Wednesday, February 13, 2013

12.2.2002 hingga 12.2.2013...11 tahun sudaaa.....alhamdulillah.



Assalamualaikum,
Lama tak update blog(ayat sama bila nak update blog)Muahaha.Ok..ok..semalam adalah hari special bagi aku sebab semalam genap 11 tahun aku mendirikan rumah tangga. Wah tak sangka, dah 11 tahun dah,rasa macam semalam je aku menikah ngan en.suami(kedengaran gak mengada-ngada).Rasa macam semalam je aku bergayut dengan en.suami guna telefon TM beso gedabak tu tiap-tiap malam sampai ke pagi tak hengat donia .Apapun alhamdulillah .Semoga jodoh kami akan terus bahagia dan berkekalan hingga ke Jannah.Amin.

Makanya sempena Ulangtahun kami ni aku pun buat la pavlova.Ni kali ke 2 aku buat tapi masih tak rangup luarannya.Bahagian dalam dah ok dah.Masalah oven atau aku yang tak reti buat. Hu..hu..tapi ok lah ada jugak rupa pavlova dan secukup rasanya. Pavlova ni kan rasa manis adunannya dan bila makan dengan buah-buah masam tu, memang fuh mabeles rasanya. Haa...macam tu la aku dengan en.suami,kadang-kadang masam,kadang-kadang manis biasa la tu kan. Barulah warna-warni kehidupan

tu dia meriah dengan buah-buahan
ok tak...ok tak..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...