Wednesday, August 10, 2011

Assalamualaikum,
Selamat berpuasa hari yg ke 10 semuanya.Alhamdulillah,semoga kita mendapat keberkatan di bulan mulia ini.
Seperti biasa lama juga aku tinggalkan blog ini.Maklumlah sibuk dgn tuntutan kehidupan.Hari ni aku nak share menu berbuka puasa aku dan famili minggu lepas.Mana la tau kan,boleh bagi idea kat anda semua nak masak apa utk menu berbuka.tapi menu kami sekeluarga simple je.Setakat ni aku belum pergi lagi pasar ramadhan sbb malasnya nak pegi berebut parking.Balik sekolah pun dah petangkan.Jadi balik rumah terus je tukar profesion jadi chef(chef la sgt...hi..hi..).Sila la layan gambo menu buka pose my famili ye.Kalau nak resepi,sila tinggalkan komen kat bwh tu ye....
ayam percik menu hari pertama puasa..panggang dlm oven daaa...

kerang rebus
pecal
siput gayam  masam manis
Resepi siput kat atas tu aku ikut resepi natasha hudson dlm rancgn ketuk-ketuk ramadhan hi..hi..(resepi artis tu...)
ikan grukgruk stim(pelik beno ikan aku ni kan..sbb aku masak stgh  ekor je)
isi ayam celup tepung berlada hitam
sambal kerang tomyam
ayam masak kicap
kerabu pucuk paku +taugeh+kerang
air asam+tomato di makan bersama ayam bakar
Gambar ayam bako tak smpat nak snap sbb dah tlmpau lahap sgt smpai lupa nak ambik gambo.
jeli kelapa
Jeli kelapa ni en suami suruh aku buat.Sebagai isteri mithali(perasan lagi...)aku pun gigih le menggoogle resepi,.nasib baik jadi spt yg diharapkan oleh en.suami.
Ini je la gambo2 menu berbuka kami sekeluarga spjg minggu lepas.Ada lagi menunya tapi tak sempat amik gambo sbb terlalu lapo smpai lupa nak amik gambo..hu..hu...sabo je la..
Oklah, tu je yg aku nak kongsi dgn anda semua.Simple je menu kami skeluarga.Biasanya 2 atau 3 lauk je, ikut selera en.suami dan anak2.Selera aku senang je,semua aku sebat.
Nanti aku post lagi pasal menu aku minggu ni plak ye...oklah jumpa lagi.Jangan ponteng puasa!!!

No comments:

Post a Comment

Sudi-sudilah mengomen kat sini ye...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...