Tuesday, October 25, 2011

JOM IBU-IBU,BAPAK-BAPAK
 TENGOK KEPUTUSAN AKHIR TAHUN ANAK ANDA.
JADILAH IBU BAPA PRIHATIN!


Assalamualaikum...
Wahhh!! panjangnya tajuk entri.Mentang-mentang dah lama tak update.HU...HU..
Oklah hari ni saya sbg seorg guru nak kongsi dgn anda semua wahai rakan2 yg mmbaca blog ini.Tahukah anda skrang ni anda boleh melihat keputusan peperiksaan anak anda secara online?(rakan2 yg bujang2 tu blh la tgk result adik,anak sedara,anak jiran ye..) 
Haaa....Tak tahukan....???Kepada yg dah tahu SYABAS BETE!!!!Anda mmg sgt PRIHATIN .(Sila tepuk bahu sbelah kanan anda dgn penuh kebanggaan)
Di zaman yg sgt canggih ni bukan shj pljr2 IPT je yg blh check result exam depa scara online,murid2 sekolah menengah dan rendah pun dah boleh dah.
Wahai ibubapa semua dan rakan2 bujang yg mmbaca blog ini anda hanya perlu keSINI(klik ye)
Tgk gambar kat bwh ni,ini paparan yg akn anda temui.


Kemudian ,anda lihat kotak merah sblh kiri dan klik kat situ .
ni dia,klik kat sini ye ..kotak warna lain tu tak pyh ambik tau ye
Setelah klik kotak merah, paparan spt di bawah akn keluar
Apalagi...sila selongkar surat beranak anak anda utk isi kotak kosong tu ye.Kemudian pilih dulu sekolah rendah atau menengah dan klik la SEMAK LAPORAN.Paparan seterusnya spt di bawah.
Lepas tu kan,anda PILIH JENIS PEPERIKSAAN.


Oleh kerana skrg ni baru je habis peperiksaan akhir tahun,jadi anda klik pada PEPERIKSAAN AKHIR TAHUN,
Paparan spt dibawah akan keluar.
aikk...kosong je takde markah?gmbr ini tlh diedit supaya tidak dicop sbg RIAK heee....;)
Haa...skrg anda boleh tengok bukan shj keputusan akhir tahun anak anda malahan segala ujian dan exam dari awal tahun dulu pun anda boleh tengok.
Tapi jika anda klik tiba-tiba mcm ni paparannya


Harap bersabar ye.Mungkin cikgu anak anda belum lagi masukkan markah.Maklum la ,banyak sgt tugas  cikgu ni.Tapi jgn risau anda akan dapat lihat jugak keputusan anak anda.Sabar ok.Sabar itu separuh daripada IMAN.
Senangkan ,skrg ni anak2 anda tak boleh la nak tipu2 anda.Asal tanya je pasal exam asyik bagi alasan cikgu tak bagi markah lagi.
Jadi kpada ibu bapa,sentiasalah prihatin dgn pmbljrn anak anda di sekolah.Cikgu2 di sekolah hanya boleh beri segalanya ilmu pengetahuan di sekolah,selebihnya adalah tugas anda sbg ibu bapa pula memantau anak anda di rumah.
Oklah itu shj untuk kali ini.Maaf seandainya ejaan2 dlm blog  saya ni agak tunggang langgang.Tapi kat sekolah saya tak eja mcm ni ye.Ini sekadar penulisan di blog shj.
Jumpa lagi....

No comments:

Post a Comment

Sudi-sudilah mengomen kat sini ye...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...