Monday, April 16, 2012

Breakfast hujung minggu

Assalamualaikum,
Selamat hari Isnin semua.Semoga hari anda hari ini penuh dengan keceriaan. Hari Ahad semalam saya tak pergi
mana -mana pun(aiiikkk...kejap aku kejap saya).Berehat di rumah saja sambil kemas-kemas rumah yang tak berapa nak kemas.Biasalah kan ibu bekerja memang macam ni keadaan rumahnya.(ye ke??ke rumah saya je macam tu??)he..he...apa-apa je la.Pagi-pagi biasa la mula-mula yang terlintas di fikiran adalah nak buat sarapan apa?Puas berfikir ,tiba-tiba en.suami mengajak sarapan kat luar.Yeeaahhh!!!!lega betul bila dengo en. suami berkata begitu(hi..hi sangat terserlah kemalasan saya disitu)Terima kasih kepada en.suami kerana memberi cadangan yang sangat bernas.(erkk..cadangan ke?)Tanpa membuang masa, laju je saya mengejut anak-anak suruh mandi dan bersiap.


Dah siap kami pun bertolak ke Kg. Sitiawan,makan roti canai kat tepi muara sungai.Roti canai kat sini bagi saya adalah satu-satunya roti canai yang menepati citarasa saya.Dah banyak roti canai yang saya makan kat macam-macam kedai tapi kat kedai ni la yang paling sedap ko.Nah layan gambo,cakap banyak pun tak gunakan.
ni la gerainya
pelanggan memang ramai sampai kena tunggu giliran nak duduk
ada orang jual  ikan,ketam ,udang kat tepi gerai tu
gerai papan je pun tapi pelanggan dari kereta kancil
smpai kereta mewah pun makan  kat sini
ramai juga chinese yang sarapan kat sini 
siap tunjuk kat pelanggan berbesen roti canai yang
belum ditebar.Kalau datang lambat boleh jengah dulu dalam besen
ada lagi ke tak roti canai,tak payah tanya-tanya
ada lagi roti canai ke tak kat akak tukang ambik order.
nampak biasa jekan tapi...
Haaa,roti canai kat gerai ni nampak macam biasa je kan tapi sebenarnya roti canai ni garing di luar dan gebu dan lembut sangat bahagian dalamnya takde liat-liat.Kuah dia pulak kuah kari ikan tapi ikannya tak nampak bayang pun.Kalau tengok kuah macam tak menarik je kan,tapi bila dah ngap dalam mulut.Memang rasanya bersatulah dalam mulut.Pehh...mabeles!!
kuah dia nampak macam tak menarik je kan 
gerai ni tepi sungai je
tepi sungai yang mendamaikan
Selesai makan kami pun pulang ke rumah.(ayat macam karangan budak Tahun 6).Kepada anda-yang kebetulan sampai kat Sitiawan ni jangan lupa cari la gerai ni kalau teringin nak makan roti canai kat sini la.Gerainya tak la grand sangat nama pun gerai kan,tapi apalah ada pada gerai yang cantik tapi makanan tak sedapkan.Asalkan bersih dan selesa dan sedap memang berbaloi-baloi.

No comments:

Post a Comment

Sudi-sudilah mengomen kat sini ye...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...