Bila tengok gambar-gambar lama kat FB kawan-kawan teringat pulak zaman persekolahan dulu-dulu.So Hari ni aku nak tulis pasal zaman persekolahanku masa bersekolah di SM Kem Terendak Melaka.
Aku sangat skema masa sekolah dulu.Ha..haa..ha...dan aku bukanlah pelajar popular di sekolah dan kehadiran aku di sekolah juga mungkin tidak di sedari oleh kawan-kawan ala-ala invisible man gitu,sbb sikap aku yg sgt kurang bercakap,rupa paras pun kurang ditambah dgn saiz badan yg kurang ramping.Hmmmm....Apalagi menjadi rebutan para pelajar lelaki(jauh panggang dari api berbatu-batu jauhnya).
Saat kawan-kawan sibuk ada boifren,bercouple,berabg angkat, kakak angkat aku hanya tumpang gembira melihat kawan-kawan bahagia.He..he..pernah juga berangan nak ada boifren masa sekolah dulu tapi sbb selalu tengok cermin,aku redhooo..Ha..ha..ha..ha...(ko nak blajo ke nak beboifren)
Gambar di bawah ni sebahagian dari kawan-kawan aku masa sekolah dulu
ape kabo korang semua |
taim ni aku tak ingat aku ada ke tak di tmpt kejadian |
nostalgia betul la gambo ni |
5 awek2 hot kat sekolah ,awek tepi belah kanan tu je suam2 kuku nak tumpang ke'hot'an depa |
rumah kecik ni mmg tmpt popular untuk sesi bgambo ..tudung aku tu isy..isy.. tak terungkap dgn kata-kata hi..hi,, |
baju kuning tu kawan aku norasyikin, 3 org anaknya skang |
Bestfren aku si Nora ni dah lama aku tak jumpa cuma jumpa di FB je. Entah bila kami berkesempatan jumpa.
Sekarang ni aku hanya mengikuti perkembangan kawan2 di FB.Ramai yang dah berumah tangga dan beranak pinak.Fizikal masing-masing pun dah berubah.Dulu kurus ,la ni agak mengembang sedikit mengembang banyak pun ada.Ada yang dulu2 chubby skrg dah selim-melim.Ada yg sama je tak berubah.Takpe janji semuanya sihat,alhamdulillah bahagia dengan kehidupan masing-masing.Ada juga yg telah kembali ke rahmatullah.Al-Fatihah.
Sebenarnya ,gelagat kawan-kawan masa sekolah dulu sangat menghiburkan walaupun macam-macam masalah yang ditimbulkan oleh kawan-kawan sampai pening kepala cikgu di buatnya.Tapi bila dewasa mereka semua telah berjaya dalam hidup masing-masing.
Itulah yg aku hadapi sekarang,menghadapi kerenah anak-anak murid yg boleh membuatkan aku bertukar menjadi Incredible Hulk versi pompuan.Tapi bila ingat balik gelagat kawan2 masa di sekolah dulu dan kesabaran guru-guru aku dulu menghadapi
kerenah mereka,aku harus bersabar dan berusaha menjadi guru yg baik untuk anak-anak murid aku.
Kepada kawan-kawan sama ada rapat atau tidak rapat semasa di SM Kem Terendak
Melaka,korang semua telah mewarnai hidup aku masa sekolah dulu.Kenangan bersama kalian tak mungkin dapat dilupakan.Semoga kita semua sentiasa diberkati dan bahagia bersama keluarga masing-masing .
assalamualaikum mimi...gambo lama2 ni teringat dulu kan seronoknya...:)
ReplyDelete