Cuti sekolah dah bermula.Dapatlah rehat sikit otak ni.Tapi cuti ni pun kena ke sekolah juga sebab ada kelas tambahan untuk UPSR.Maklumlah tahun ni aku ajar Tahun 6 pulak.Dah bertahun aku mengajar budak kecik Tahun 1,2,3, tahun ni kena ngajo budak-budak meningkat remaja ni berpeluh-peluh jugak la.
dapat plak kelas yang ujung-ujung, haisyyy...memang menguji kesabaran.Kadang-kadang rasa down,give up ,geram rasa nak lempang budak-budak ni sebab kurang minat nak belajar.Tapi bak kata pepatah alah bisa tegal biasa.Smuanya ok setakat ni.
Bila dah cuti ni mula la malas nak kerja balikkan.Nasib baik aku terbaca artikel ni...
Khalifah Umar bin Khattab RA menyeru umat Islam supaya tidak malas bekerja: “Janganlah setiap orang daripada kamu suka duduk bermalas-malas daripada berusaha mencari rezeki sambil berdoa; Wahai Tuhanku, berilah rezeki kepadaku, sedang Dia tahu sebenarnya langit tidak pernah menurunkan hujan emas dan perak.”
Sesungguhnya, Allah SWT meredai terhadap orang yang rajin bekerja berdasarkan sabda Rasulullah SAW bermaksud: “Sesungguhnya Allah suka kepada seseorang daripada kamu yang melakukan kerja dengan tekun dan bersungguh-sungguh, dan untuk memperoleh (kejayaan) seperti inilah hendaknya yang beramal itu melahirkan amal usahanya yang bersungguh-sungguh.”
Perlu kita ketahui, untuk bekerja bersungguh-sungguh tidak semudah kata-kata yang terucap di bibir saja. Ia memerlukan motivasi tinggi dan usaha serius supaya kita tidak tergolong dalam orang yang rugi, apatah lagi celaka.
Rasulullah SAW juga pernah bersabda sebagai pedoman kepada umat Islam bermaksud: “Bekerjalah untuk duniamu seolah-olah kamu akan hidup selama-lamanya, dan bekerjalah untuk akhiratmu seolah-olah kamu akan mati esoknya.”
Natijahnya dalam hadis ini, ia mengajar supaya apa sahaja pekerjaan atau apa-apa perkara yg kita lakukan hari ini, janganlah kita tunggu esok lusa untuk mengerjakannya kerana banyak pekerjaan lain yang sentiasa menanti kita pada masa depan.
sabar kaklong...
ReplyDeletetu semua cabaran..
chaiyok chaiyok...