Thursday, October 18, 2012

assalamualaikum

Lama tak update blog, rindu pulak rasa nak berblog macam dulu.memang busy betul aku sekarang ni.Banyak kerja yang perlu di bereskan hujung-hujung tahun ni.Jadi hari ni aku curi skit masa update blog.Salah satu hari paling sibuk aku taun ni ialah Hari Sukan.Tahun ni aku bleh plak di lantik jadi   ketua untuk rumah Kuning. Makanya bertungkus-lumus la aku dengan semua Cikgu-cikgu rumah Kuning yang lain memastikan rumah kami menang.Walaupun yang bertandingnya anak murid tapi cikgu-cikgu pun eksaited gak nak menang.Ha..ha..ha...
Taun lepas pun aku rumah Kuning jugak tapi aku bukan ketua jadi taun lepas aku agak relax sikit.Tapi bila aku dah jadi ketua taun ni, fuh barula aku tau macam mana rasanya.
Hari sukan ni la sebenarnya masa lepaskan tension bagi aku walaupun nak menjayakannya tu kena tension dulu...Penat ko jadi cikgu sekolah rendah ni.Tapi seronok dengan budak-budak kecik ni.Macam layan anak kat rumah la.
Yang bestnya taun ni Rumah Kuning aku ni pukul habis semua rumah lain.Muahahahaha...Perbarisan terbaik,Johan keseluruhan,Olahragawan dan Olahragawati Terbaik semuanya rumah aku sapu.Bangga betul aku dengan anak-anak murid aku.Jom layan gambo.
       Fantasy Arabian adalah tema rumah kuning
Aladdin,Jin dan Puteri Jasmin
ni kengkonon tentera-tentera  Aladdin
Ni pulak dayang-dayang Puteri Jasmin
Aladdin dan Puteri terpaksa bawak bendera dan papan sepanduk,
Jin relax pegang teko ajaib hu..hu..
Bangga kembang kempis hidung bila tgk gambo nih..
Sebahagian cikgu-cikgu rumah kuning
yg byk mmbantu,sebahagian lagi tak sempat nak bgambo.
rumah merah
rumah biru angry bird
maskot rumah merah adalah cili
cikgu-cikgu rumah hijau dan maskot ninja turtle

smpat lagi tu bgambo ..*P
Ni kakak nadia, dah pakai topeng aku pun tak kenal
anak aku yg mana satu hu..hu...
Apa-apa pun aku sgt-sgt berterima kasih pada semua cikgu-cikgu rumah kuning kerana berjaya melatih murid-murid dan memberi kerjasama yg baik sehingga rumah kuning jadi  juara taun ni.Tahniah dan terima kasih pada anak-anak murid rumah kuning yang telah berjaya dan memberi kerjasama yang baik pada cikgu-cikgu.Jumpa lagi.


No comments:

Post a Comment

Sudi-sudilah mengomen kat sini ye...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...