Sejujurnya niat nak sambung belajar memang takde dalam kamus perancangan hidup aku.Cikgu-cikgu kat sekolah aku boleh kata semua nya dah sambung dan sedang sambung belajar tapi aku relax je..memang tegar betul la pendirian aku ni sampai 2 kali aku tolak tawaran PJJ yang aku dapat.Ramai jugak teman-teman yang bertanya kenapa tak sambung belajar.Aku tersengih je la sambil bagi jawapan yang munasabah.Bukannya apa , malas dah aku nak pikir pening-pening kepala buat assignment,baca buku, exam lagi..ditambah dengan masalah lain yang mengganggu pikiran.
Tapi perancangan Allah S.W.T siapalah yang tahu kan,akhirnya pada 29.9.2012 aku selamat bergelar siswa PJJ di UPSI.
gambar gate UPSI ambik kat google je... |
Dan semalam selesai exam untuk Sem 1.Fuh, lega.Bolehlah rehat sekejap otak aku ni ha.
Lepas ni boleh lah aku shopping baju,alatan sekolah anak-anak aku pulak. Betul-betul last minit nih.
Isnin ni dah mesyuarat kali 1 pulak, dah lama tak nengok GB aku tu naik syeh(betul ke ejaan ni?) taim mesyuarat ha..ha..Azam aku 2013?..........
assalamualaikum mimi...selamat belajar n selamat kembali mengajar yer...:)
ReplyDeletetq makcik
ReplyDelete