Saturday, February 19, 2011

Cerita Suami Isteri ...

Salam semua...
Masa tengah blogwalking tadi tjumpa la sesuatu yg menarik....
kat blog Mommy Lyna..
 kat sini http://mysuperkids.net..
.bolehla anda semua baca ...
 Tapi sblm tu sila klik nuffnang kat belah kanan tu ye.....mekasih..

Fahrin Ahmad (bukan nama sebenar) sedang kepenatan memandu tika pulang dari kerja lewat petang itu. Selepas meeting yang panjang dan memenatkan, tambah pula dengan jalan yang sesak kerana berlaku kemalangan, dia mengharapkan rehat yang cukup maximus bila tiba di rumah nanti. Terbayang di kepalanya mandian air panas, makan malam yang enak dan diulit tilam empuk yang nyaman..

Tiba di rumah, belum sempat Fahrin Ahmad membuka kasut, isteri tercintanya Mira Edora (bukan nama sebenar) menyambutnya dengan sapaan ‘mesra’,
“Kenapa lambat? Semalam U janji nak balik jam 5ptg, I dah masak bla bla bla pong pang pong pang..” hingga akhir ayat.
Fahrin Ahmad berasa bengang kerana isterinya membebel yang mana sepatutnya tiada dalam to-do listnya hari itu. Beliau membalas bebelan dengan keluhan yang garang.
“Awak tau tak saya penat ni baru balik keje? Bukan nak tanya elok2, membebel je keje. Saya bosan tau tak! Dah lah awak duk kat rumah je hari2, saya ni hari2 keluar keje cari duit, awak pulak reti membebel bebel bebel. Menyusahkan betul!”

Maka malam itu berlalu dengan hati yang membara, bukan bara asmara tapi bara setan.
Akhirnya Fahrin Ahmad dah tak tahan lagi dengan bebelan Mira Edora. Dia mula rasa bosan di rumah, dengan anak memekak, isteri bersyarah. Lalu beliau mengajak temannya Akhil Hayy (bukan nama sebenar) keluar minum di sebuah kafe.

“Aku da tak tahan ar Bro. Bini aku kejenya membebel aje. Sakit dah telinga aku yang capang ni” Fahrin Ahmad mengadu.
Akhil Hayy tertawa sinis “Apara lu, ni baru bini membebel, belum kena soal Mungkar Nakir lagi”.
“Bro ko jangan buat lawak insaf macam tu. Tau la ko ustaz” 

“Fahrin, gua nak bagitau lu satu citer. Citer ni berlaku zaman Saidina Umar. 

Ada sorang mamat ni, macam lu la, ada isteri yang kuat betul membebel. Nasibla masa tu tadak radio, kut tak sure dah jadi DJ wanita pertama dah. Pastu dia naik bengang ar, dia marah balik. Bini dia plak menjawab, ape lagi, perang la. Hari2 camtu. Senak kepala otak beb. Satu hari mamat ni dah tak tahan, dia pun pegi uma Saidina Umar nak mengadu, apa patut buat kat bini dia ni..”

“Pastu? pastu?” Fahrin Ahmad menyampuk.
“Kot ye, saba la. Ape ar” Akhil Hayy menegur dengan penuh hikmah. Lalu beliau menyambung “.. 

Sampai2 je umah Umar, mamat ni pulak tekejut dengar Umar pun kena bebel dengan bini dia! Tapi Umar diam aje. Mamat ni pulak dah macam tu, dia pun fikirla ‘Umar pun kena bebel dengan bini.. Adoi.. Camnila nasib suami2 zaman sekarang’. Pastu dia pun nak balik la.. 

Tibe2 Umar nampak dia dan panggil ‘Eh enta tu nakgi mana? Tak singgah dulu minum teh ke apa?’ Mamat ni pun jawab ‘Takpela Umar, ana ingat nak jumpa enta pasal bini ana ni tak stop2 membebel. Tengok2 enta pun kena bebel jugak. Tapi ana ‘saspek’ (respek) la, enta cool aje. Kalo ana, dah lama kena pelempang’ Lalu Umar senyum dan cakap ‘Tak patutla kalo ana tak bersikap cool. Dia seharian kat umah, masak, kemas, cuci baju, jaga anak,etc. Malam2 ana cari dia jugak. Biarla sesekali dia nak meluahkan perasaan..’ Ha.. Tu la kisahnya” Akhil Hayy menghabiskan cerita.

Fahrin Ahmad terdiam. Dia terkenang Mira Edora yang dah macam tempoyak dilenyek 4 orang anak mereka yang semuanya hero belaka. Tu belum masuk dilenyek dirinya jugak. ‘Kesian bini aku’ terdetik di hati Fahrin Ahmad. Ya, selama ni dia fikir dia sorang je yang penat bekerja cari duit untuk keluarga, manakala isterinya pula lepak2 di rumah. Tapi.. kalau la suruh dia yang duk rumah jaga anak2 tu.. sorila beb. Tak sanggup!


Sebenarnya.. dia ada banyak masa untuk dirinya sendiri walaupun sibuk dengan kerja
Isterinya 24 jam dengan hal keluarga, anak, uruskan rumahtangga… sampaikan nak mandi pun tak sempat bersabun, itu belum working wife lagi
Sebenarnya.. dia ada masa rehat sejam sehari di pejabat
Isterinya cuma boleh berehat semasa anak2 mereka tidur pada pukul 2 pagi setiap hari
Sebenarnya.. dia ada kawan2 untuk bercakap2 dan melepak bersama
Isterinya cuma ada dia yang balik dah dekat nak malam pegi kerja sebelum matahari terbit lagi
Jadi, wajarlah isterinya membebel begitu
 
Dia penat dan nak berehat
Isterinya pun penat dan nak meluahkan kepenatannya sepanjang hari tu
Apa salahnya berkongsi kepenatan sebelum sama2 berehat
Dia patut bersabar dan jadilah pendengar yang baik
Nothing to lose pun
Bukan boleh turun gaji/pangkat dengan mendengar leteran isteri
Malah boleh merapatkan intimacy
Bila isteri berleter, semuanya keluar mengikut emosi
Jadi dia kenalah bijak untuk menapis dan menegur dengan hikmah
Bukan marah balik
***
Tapi sorang isteri tak bolehlah jadikan kisah ni sebagai teladan untuk jadi pembebel profesional peringkat ke-8. Bajet2 jugakla.. kita manusia especially orang pompuan tak dapat lari dari nak berkongsi perasaan tapi sesekali pikirkan cara lain jugak. Kalau suka membebel sangat apa kata apply je jadi DJ kat mana2 stesen radio.

Haa...tu la kesahnya ..menarik kan...so renung-renungkan dan selamat beramal... Salam semua.....

No comments:

Post a Comment

Sudi-sudilah mengomen kat sini ye...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...