Monday, May 9, 2011

Goreng ikan keli tak malatop!!

Assalamualaikum, 

Apakhabar semua.....jumpa lagi dalam segmen `Mari Memetua'..
Apekebenda ...perkataan tuh!!Haaa...anda semua mesti pernah goreng ikan kelikan...pastu bila masuk je ikan dlm kuali minyak pun meletus-letus mcm gunung Merapi dan anda pun dah standby dgn tudung periuk ala2 pahlawan zaman greek nak ngelak minyak tu dari terkena wajah anda kan..jgn tipu...jgn tipu...
Sebenarnya ada cara mcmana nak elakkan dari terjadi kejadian sedemikian.Petua ni pun saya dapat hasil pendengaran secara tak sengaja semasa ahli-ahli mesyuarat tingkap mmbincangkan isu-isu panas taim kursus sedikit masa dahulu..(telinga lintah la katakan...)Lepas tu saya pun try la praktikkan kat rumah sbb en.suami mmg `hantu' ikan keli.WWWAAAAAHHHHH!!!!!!!!!! saya sgt kagum sbb mmg tak meletop.
Haii....Pnjang pulak mukadimah....
Caranya mcm ni....lepas letak minyak dalam kuali,agak2 minyak dah panas  taburkan tepung gandum dalam minyak tu.Banyak mana tepung tu agak-agak je...jgn la sampai tepung lagi byk dari ikan keli plak.Lepas tu boleh la di goreng ikan keli tu dengan aman dan damai tanpa bunyi letupan mcm nak sambut tahun baru..yeah!!
tu dia..ambik gambo close up lagi tu.....
Tengok-tengok...siap boleh ambik gambo lagi......Jadi  anda-anda semua boleh la cuba.Yang dah tahu tu 
buat2 tak tau je la  ye....mak mertua saya pun tak tau gak rupanya nak goreng ikan keli cara camni,lepas menantu beliau yg agak tak semenggah ni bagitau baru la beliau kekaguman..hu..hu..hu...
Oklah ...jumpa lagi....Selamat mencuba!!!

No comments:

Post a Comment

Sudi-sudilah mengomen kat sini ye...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...