Sunday, December 11, 2011

KEK CARROT WALNUT


Assalamualaikum,semua.Sihat nampak.Almaklum lah cuti2 ni byk kenduri kawin.Hujung minggu je dapur mesti tak berasap kan,itulah yg terjadi pada saya .Hujung minggu mmg tak masak tghari sbb semedang pergi jmputan kenduri kawin.Tapi waktu petangnya jenuh pulak nak pikir nak masak apa untuk makan petang dan malam.Hu..hu..
So pada suatu hari saya telah mncuba untuk membuat kek carrot.Kek ni saya pernah makan masa di sekolah lama dulu.Seorang ustazah di sekolah tu rajin buat kek tu. Sedap sgt.Bila dah tukar sekolah ni tak merasa la nak makan lagi .Jadi stlh mengoogle resepi kek ni dan memilih resepi yg sesuai, jadilah spt di bawah...Taraaaaa!!!!!

kumbang adalah trade mark saye ye hu..hu...sbb kumbang tu je yg sgt murah  harganya...

main belasah je  letak topping tu...
Bab mendeko kek mmg tak menjadi maklumlah tangan saya ni mmg dlm kategori keras tangan.Tapi gigih jugak nak mendekokan...walaupun...

Resepinya spt di bawah:

Kek Carrot Walnut

Bahan-bahan ( 1 biji kek ) 

2 1/2 cawan parutan carrot (lebih kurang 3 batang carrot)
4 biji telur
1 cawan minyak sayuran
1 1/2 cawan gula putih
2 cawan tepung
1 sudu teh soda bikarbonat
1 1/2 sudu teh baking powder
1 1/2 sudu teh serbuk kayu manis - letak 1 st
1 sudu teh serbuk buah pala (nutmeg)- tak letak
1 sudu teh vanilla
1/2 sudu teh garam
1 cawan kacang pecan atau walnut yang dicincang

Cara-cara
Panaskan oven 185 C. Sapukan sedikit minyak pada tin kek.
Campurkan tepung,baking soda, baking powder, serbuk kayu manis, serbuk nutmeg, garam dan ayak.
Pukul telur dan gula sehingga sebati (tak payah pakai mesinl, pakai senduk kayu jer sebab tak payah nak pukul lama lama). Setelah sebati, masukkan minyak dan pukul lagi hingga sebati.
Masukkan campuran tepung tadi sedikit demi sedikit kedalam adunan telur dan kacau sebati
Masukkan vanilla, parutan carrot, dan kacang cincang. Kacau sebati, lepas tu tuang dalam tin kek, bakar lebih kurang 40 minit ke satu jam...ikut saiz tin kek jugak...tebal atau nipis kek ni. Lepas 40 minit tu test la sekali sekala, cucuk ngan lidi. 

Selamat mencuba!!


2 comments:

  1. assalamualaikum mimi...wah sedapnya kek tu...:)

    ReplyDelete
  2. mak aih..sedapnyer..laparr~.. :D

    ReplyDelete

Sudi-sudilah mengomen kat sini ye...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...