Al fatihah buat anak saudaraku NOORFIRZANAH QAISARA yang telah kembali kepadaNya.Beliau lahir pada 5.1.2011 tetapi Allah lebih sayangkannya dan diambil kembali pada 4.1.2012.Qaisara pergi kerana menghidap sejenis penyakit yg mana beliau tidak dapat bergerak aktif spt bayi lain.Semoga rohnya dicucuri rahmat dan syurga menantimu di sana.
Kali terakhir saya bertemu Qaisara pada 25.12.2011 |
bersama kakak husna |
Hari Raya 2011 |
"Pergi oleh mu dengan mereka(kanak-kanak) itu"
Maka kanak-kanak tersebut berhenti di pintu syurga. Segala malaikat yang menjaga syurga marhaban kepada mereka dan berkata,
"Masuklah kamu ke syurga tanpa hisab".
Kanak-kanak itu berkata, "Di mana segala ibu-ibu dan bapa-bapa kami?"
Malaikat menjawab, "Sesungguhnya ibu-ibu dan bapa-bapa kamu tidak seperti kamu. Atas mereka itu dosa, tuntutan dan kejahatan."
Maka kanak-kanak itu pun berkata, "Sesungguhnya telah sabar mereka itu dengan ketiadaan kami kerana mengharap pahala pada hari ini".
Kemudian, mereka pun berhenti di pintu syurga dan menjerit beramai-ramai dengan satu jeritan.
Allah swt pun berfirman kepada malaikat padahal Dia lebih mengetahui, "Jeritan apakah itu?"
Malaikat menjawab, "Sesungguhnya itu jeritan kanak-kanak muslimin. Sesungguhnya mereka berkata kami tidak akan masuk syurga melainkan beserta bapa-bapa kami dan ibu-ibu kami".
Kemudian Allah swt berfirman, hendaklah masuk sekalian mereka itu.
Mereka pun segera memimpin tangan bapa-bapa dan ibu-ibu mereka dan masuklah SYURGA sekalian mereka itu.
Itulah GANJARAN HEBAT yang Allah swt janjikan kepada mereka yang bersabar daripada sesuatu yang luput dari mereka kepada PAHALA YANG AMAT BESAR.
salam takziah..
ReplyDeleteassalamualaikum mimi...al-fatihah..:(
ReplyDelete