Friday, June 1, 2012

Drama Korea lagi


Assalamualaikum,
Selamat hari jumaat semua.Semoga sihat hendaknya anda semua ye.
Cuti-cuti ni aku tak pergi mana pun.Cuma hantar anak-anak balik kampung dan aku pun tinggal le berdua-duaan dengan en. suami.Cewaahhh.Cuti sekolah 2 minggu makanya memang kebiasaan la kena hantar anak-anak balik kampung seminggu rumah en. suami kat Trolak,seminggu rumah mak aku kat Ipoh.Aku pulak tak boleh le tinggal kat kampung ,en.suami sape plak nak jaga makan minumnya kan(bajet isteri mithali hu..hu..)
Rutin harian aku pagi-pagi macam suri rumah lain la.Bila petang je aku pun mula lah aktiviti aku tengok cerita kegemarn aku.Cuti sekolah ni kebetulan ada pulak drama korea kegemaran aku di tayang semula.Cerita ni dulu tayang kat tv8,lepas tu tayang kat tv al hijrah,sekarang ni tayang lagi kat tv al hijrah.Setiap kali tayang memang aku tak pernah tak tengok.Ulang le 10 kali tayang pun aku akan tengok.Ni la ceritanya...
aku suka nengok hero dan heroinnya 
penyediaan makanan dlm cerita ni sgt mengkagumkan
Haaa...ada satu lagi cerita yang aku dok layan lepas cerita Jewel in the Palace ni ,lepas asar sambung plak cerita ni...
hero jewels in the palace ni berlakon pulak cerita Dong Yi
Cerita ni tajuknya Dong yi .Perempuan dalam gambar tu la yg bernama Dong Yi.Kisah dayang istana yang jadi gundik diraja dan akhirnya tolong Maharaja selamatkan negara.Lagu latar blog aku ni asalnya dari cerita Dong Yi ni la.
Jang Na Ra  penyanyi lagu tema ceritaDong Yi
Fuhh .aku kalau cerita pasal drama-drama korea ni sampai esok pun tak habis.Kalau korang nak tengok cerita Dong Yi ni bukak la tv8 pukul 5 ptg isnin sampai Jumaat.Jom la layan sama-sama.

2 comments:

  1. saya dah lama tak layan citer korea ni...
    jewel in the palace tu mmg menarik..suka tang dia masak2..

    ReplyDelete
  2. i pun layan drama ni..hehehhe..tak perasan pulak hero tu pernah berlakon citer jewel tu...huhuhu

    ReplyDelete

Sudi-sudilah mengomen kat sini ye...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...