Macam mana puasa anda semua hari pertama?Semoga semuanya berjalan lancar.Untuk hari pertama ni aku masak dua lauk saja.Pasar ramadhan pun belum memnggil-manggil aku lagi.Hari Pertama ini eksited sikit nak masak,Dah tengah2 puasa kang baru la asyik muka aku je kat pasar ramadhan tu.Selain daripada kurma,ni dia menu aku hari pertama buka puasa.
sotong goreng berempah |
Sotong (anggaran)
2 ulasbawang putih}
2 biji bawang merah} ditumbuk
sdikit halba campur}
1cm halia}
air asam(anggaran)
2 sudu besar rempah kari(suka hati nak bubuh kari ikan @daging)
Garam secukup rasa
Cara-cara:
1.Tumis bahan ditumbuk sehingga kekuningan.Masuk rempah kari yang telah di bancuh,Kacau rata hingga pecah minyak.
3.Masuk sotong,air asam jawa dan garam.
4. Sedia dihidang
Sila la cuba ye kawan-kawan.
Ayam masak kicap (menu wajib) |
Murtabak Pak Long |
Akhir sekali,buah-buahan sebagai pencuci mulut.Ye, menu aku takde sayur pun.Ni la menu buka puasa aku hari pertama .Just nak kongsi ngan anda, mana tau kot-kot bagi idea untuk anda masak apa taim berbukakan.Akhirkata,
Nabi Muhammad s.a.w pernah bersabda: "Bagi orang yang melaksanakan ibadah puasa, baginya ada dua saat kegembiraan.Pertama pada waktu berbuka dan kedua ketika menghadap Ilahi"
salam ramadhan..moga ramadhan kali ini lebih diberkati
ReplyDelete