Friday, July 20, 2012

Akhirnya...

Assalamualaikum,
Salam Jumaat semua.Selamat berpuasa kepada semua.Jom terawih malam ni.
Sebelum puasa kan,ni nak bagitau (sibuk je nak bagitau) akhirnya aku dapat makan makanan yang aku teringin nak makan tapi malas nak buat.Nin dia....
Ni la dianya Pavlova.Makanan yang si Awal guna untuk ngorat si Scha.Selama ni aku tengok je dalam blog orang lain smbil telan air liur.Hu..hu..Nak buat memang aku tak rajin sebab aku tak tau macam mana teksturnya.Kang kalau buat jadi lain tak ke membazir.Tapi nasib baik la ada sorang kawan aku ni ,kak Roha namanya yang rajin mencuba dan dah jadi hobi beliau pulak buat pavlova ni.Dan akhirnya beliau telah menjual beberapa bijik pavlova ni.Aku la salah sorang pelanggannya.Layan gambo lagi sampai teringat-ingat taim bulan puasa.Muahahaha......

Pavlova ni best ke tak?Bagi aku kalau melantak pavlova ni tiap-tiap minggu kebarangkalian nak kena kencing manis tu sangat tinggi terutamanya yang dah ada keturunan kencing manis.Sebab pavlova ni sangat la manis macam aku.ho..ho..nasib baik la ada buah-buahan masam kat atas tu so bila dah masuk dalam mulut, masam dengan manis dah blend tak la rasa manis sangat.Tapi kemanisan tu tetap kita akan rasa walaupun dah bilas mulut ngan air masak(mulut aku la ye,mulut orang lain tak tau).
 Bahagian yang paling sedap sekali bagi aku adalah bahagian luarnya yang agak garing dan rangup.Bahagian dalam tu aku tak berapa sangat sebab rasa telur putihnya sangat kuat.Buah-buahan dan whipcream tu memang benda penting dalam pavlova ni sebab dua benda ni la yang menyedapkan pavlova ni.
potongan terakhir
Pavlova ni sangat sedap kalau di sejukkan dalam peti ais.Setelah keinginan aku tercapai lepas ni boleh la aku cuba buat.Itupun kalau rajin la.Kalau tak rajin  terpaksalah aku `roger' Kak Roha.
Akhirkata,sempena bulan Ramadhan yang mulia ni aku ucapkan semoga anda semua dapat menjalani ibadah yang mulia ini dengan penuh barakah.

No comments:

Post a Comment

Sudi-sudilah mengomen kat sini ye...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...