Friday, July 13, 2012

Outward Bound Malaysia(OBM)

Assalamualaikum,
Salam Jumaat semua.Semoga ceria hendaknya.
Hari ni kakak nadia buat pertama kalinya pergi OBM (Outward Bound Malaysia).Lebih kurang macam Kem Bina Semangat la.Tempatnya di Lumut je tk lah jauh sangat .Selama 3 hari 2 malam si kakak ni berjauhan dan berdikari sendiri.Sejujurnya anak aku yang nak pergi aku pulak yang berdebo-debo.Naluri seorang ibu barangkali.
 Macam-macam nasihat aku bagi sebelum kakak Nadia pergi sampaikan nasihat aku tu bunyinya dah macam leteran.Hu..hu..Macam-macam peringatan yang aku titipkan(amboiii titip la sgt).Maklumlah anak aku sorang je budak pompuan tahun 4 yang pegi ,yang lain tu semua tahun 5,6.
 Macamana kakak Nadia boleh terpilih?sebab dia yang mengoffer diri nak pegi tanpa pengetahuan aku.Aku sendiri pun tak tahu apekebenda OBM ni.Tau-tau dia balik bawak borang je.Aku memang berat sikit nak bagi dia pergi sebab tahun 5,6 nanti masih ada peluang.Tapi kakak Nadia tu beria-ia nak pergi(aku masa kecik dulu tak hingin nak masuk xtvt mcm ni...nasib baik kakak Nadia tak ikut pangai aku ho..ho..)en.suami pulak memberi sokongan yang padu.Pegi je...kata en.suami.Makanya petang tadi berangkatlah kakak Nadia ke tempat OBM tu.

yg kat depan tu Pulau Pangkor
rumah papan tu asrama peserta
bila dah sampai muka kakak Nadia cuak sikit
yela,tak kenal lagi kawan baru

kakak Nadia kumpulan Ledang
Dengar taklimat dulu
Bila dah balik rumah aku ni asyik la teringat apala kakak Nadia tengah buat ni.Semoga anak aku tu dapat ikut semua aktiviti dengan baik dan balik nanti  penuh dengan semangat yang baru dan lebih berkeyakinan lagi.

1 comment:

  1. assalamualaikum mimi....gud luck buat Nadia yer...mimi nak samakn awk dulu mana boleh budak2 skg lebih advance kan...:)

    ReplyDelete

Sudi-sudilah mengomen kat sini ye...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...