Thursday, July 26, 2012

Menu puasa 5

Assalamualaikum
Semoga anda semua berbunga-bunga kegembiraan.Maklumlah semalam dah gaji bagi kakitangan awam.Makanya aku pun agak sibuk membereskan segala bil-bil yang ada.Bila la nak habis bayo bil nih.Bila dah sibuk ke hulu ke hilir makanya lagi aku rasa letih sangat dan mood malas masak tiba-tiba datang(mentang-mentang dah dapat gaji mula aku nak berbelanja dan berboros sakan).
Setelah mendapat vote yang paling tinggi dari semua pihak(4 orang je pun)akhirnya menu berbuka puasa kami semalam adalah .....Nasi ayam KFC beli bungkus makan kat rumah.Mula-mula plan nak pergi pasar ramadhan tapi sebab dah letih sangat dan nak cari parking pun susah,KFC je la paling senang sebab taim tu KFC lengang je.Cepat tak payah beratur.


Jiran sebelah rumah pulak berbeso hati bagi kuih Buah Melaka.Alhamdulillah.


Nabi Muhammad s.a.w  pernah bersabda: "Bagi orang yang melaksanakan ibadah puasa, baginya ada dua saat kegembiraan.Pertama pada waktu berbuka dan kedua ketika menghadap Ilahi"

3 comments:

  1. sedap sungguh nampak onde2 tu... terliurnyaa

    ReplyDelete
  2. suka cheezy wedges ek? sy ada jual tau cheese tu..
    *iklan jab :p

    ReplyDelete

Sudi-sudilah mengomen kat sini ye...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...