Friday, August 17, 2012

Kuih raya lagi..

Assalamualaikum,
Lagi 2 hari Umat Islam akan menyambut Aidilfitri.Ramadhan akan berlalu.Sedey:(
Dah hujung Ramadhan ni mood masak taim buka puasa pun dah takde makanya aku dan famili buka kat luar je sejak 2 menjak ni.2,3 hari ni sempat lagi aku buat biskut raya.Aku buat Coklat Cip,Cornflake Madu  dan Makmur.




Macam biasa la biskut-biskut ni aku akan bagi kat mak aku, mak mertua dan opah aku sorang sebekas.Taun ni aku beraya di rumah en.suami,raya pertama malamnya baru aku balik Ipoh rumah mak aku.Tahun ni agak sedih sikit sebab buat pertama kalinya aku beraya tanpa Papa aku yang telah kembali ke Rahmatullah awal bulan Mac lalu.Al-Fatihah.
Di kesempatan ini aku ingin mengambil kesempatan memohon ampun dan maaf sepanjang aku berblogging ni ada yang tersentuh hati.Kepada kawan-kawan yang sudi singgah di blog ini terima kasih semoga Aidilfitri ini di sambut dengan penuh ceria dan di limpahi rahmatNya.

Nabi Muhammad s.a.w  pernah bersabda: "Siapa yang bangun pada malam hari raya (Aidil Fitri) dengan ikhlas kerana Allah s.w.t., maka tidak akan mati hatinya saat hati semua orang telah mati" (Riwayat Ibn Majah dari Abu Umamah)

1 comment:

  1. assalamualaikum mimi...selamat hari raya makcik ucapkn semoga segala kesalahan dapat dimaafkan...:(

    selamat hari raya dr kami sekeluarga...

    ReplyDelete

Sudi-sudilah mengomen kat sini ye...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...