Monday, September 17, 2012

Butter Cake

Assalamualaikum,
Semoga ceria hendaknya.Sempena cuti Hari Malaysia ni aku tak pergi ke mana-mana pun.Berehat saja di rumah sambil kemas-kemas rumah.Bila cuti ni mula la anak-anak aku ni nak makan je kejenya.Lepas makan nasi mesti nak makan benda lain pulak yang dorang boleh makan ulang-ulang.Jadi oleh kerana aku malas nak masuk dapur banyak-banyak kali makanya aku pun buat la sebiji kek butter.Dah lama tak buat kek smpai resepi pn dah tak ingat walaupun kek ni senang je.Resepi ni aku mintak dekat mak sedara aku kat Ipoh(thank you Maknyah).




Resepi Butter Cake
250g butter
250g gula kastor
250g tepung naik sendiri
4 biji telur gred A
1 sudu teh esen vanilla
pewarna merah & hijau
perasa rose & pandan
Cara-cara:
1.Pukul mentega dan gula sampai kembang.Dah kembang masuk telur pukul sebati dan masuk tepung dan esen vanila.Dah sebati keluarkan dari mixer.
2.Bahagi 2 bahagian.Satu bahagian bubuh warna merah dan perasa rose,satu bahagian lagi warna hijau dan perasa pandan.
3.Lenserkan bekas dengan mentega.minyak pun boleh.Selang-selangkan adunan merah,hijau tu.Bakar suhu  180 dalam masa 1 jam.Oven macam biasa la kena panaskan dulu baru leh bako kek.

Bolehlah anda-anda cuba.Senang je pun.Bila dah masak aku potong siap-siap letak atas meja.Nanti anak-anak aku akan ulang-ulang makan kek tu, aku pulak boleh buat keje lain.Jumpa lagi.

3 comments:

Sudi-sudilah mengomen kat sini ye...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...