Tuesday, January 1, 2013

31.12.2012....Selamat datang 2013

Assalamualaikum, 31.12.2012 sebenarnya adalah Hari Ulangtahun yang ke 10 anak aku yang sulung, Nur Nadia Aleeya. Tak sangka dah 10 tahun dah .Masih teringat lagi tanggal 31.12.2002. Sekarang dah 10 tahun berlalu, anak aku yang dulu kecik 2.9kg je, kuat melalak pulak tu...sekarang ni dah beso, pandai basuh pinggan,basuh kasut,goreng telur, masak air,buat air sirap, masak maggi siap tumis bawang putih,bawang kecik pecah telur segala, masak nasi pun dah pandai(bukan lah bermakna si ibunya pemalas masak ok....) dan paling hebat seterika baju sekolah sendiri (senang banyak ibu ko ye). Semoga anak ibu ni akan membesar menjadi anak yang berjaya dunia dan akhirat.In Shaa Allah.Amin.
kakak Nadia dah pakai spek
ramai yang kata muka kakak Nadia ikut muka en.suami
versi cerah sikit ha..ha..
Geng gaduh 
Pizza pepperoni yang tempting...
en.suami kalau makan pizza mesti nak cicah dengan sos cili, lagi sedap katanya...
Izzati penggemar tegar pizza selain kakak Nadia
tangkap gambo sendiri
makan tak henggat donia...abisla diet aku
tempat fevret anak-anak ku
kemain lagi izzati merasa gummy candy

 Sempena Hari ulang tahun kakak Nadia, tahun ni aku tak buat jamuan `birthday'.Selalunya tiap-tiap tahun aku akan buat di Ipoh rumah mak aku.Tahun ni sebab masa tak mengizinkan aku hanya bawa kakak Nadia makan makanan kegemarannya iaitu pizza. Malam tadi kami pergi Aeon(Aeon lagi hoi!) menikmati pizza yang sedap dan murah di food court Aeon tu.Harganya rm15 tapi saiznya saiz 'large' pizza yang kat pizza hut tu. Tak payah tunggu lama, 2 minit je pizza siap dimasak dan makan panas-panas.


Tahun 2012 dah pun berlalu. Tahun 2013 selamat datang. Selamat Tahun Baru semua yang singgah di blog ini, semoga di murahkan rezeki, umur yang panjang, diberkati dunia akhirat dan dipermudahkan segala urusan kita di muka bumi Allah ini. In Shaa Allah, Amin.



x

4 comments:

  1. thanks follow me...done follow you..=)

    ReplyDelete
  2. wow akak , bez je nampak pizza tu .
    terkecur air liur
    okayy , piqa dh follow akak.
    thanks follow piqa jgak.

    ReplyDelete
  3. seronok makan pizza....cheese nyer memang menggugat keimanan ^_^....done follow you dear

    ReplyDelete

Sudi-sudilah mengomen kat sini ye...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...