Monday, November 21, 2011

Filem Korea yg menyentuh perasaan

Assalamualaikum,


Apakhabar semua.Hari ni mesti semua tengah berdebar-debar menunggu perlawanan final bolasepak sukan SEA MAS vs INA kan.


Bawak bersabar ya.Beberapa minggu yg lalu saya tertengok sebuah filem yg agak menarik di tv al-hijrah.Filem Korea la apalagi.Tajuk filem tu `HARMONY'.Saya jarang tengok filem korea ,selalu layan drama Korea je.Tapi malam tu saya tertengok cerita ni sbb sblum ni saya ada tertengok sikit kat astro citra tapi sbb masa tu dok berebut channel dgn en.suami & anak2,tak dpt la saya tengok .Tapi nasib saya mmg baik cerita ni tayang pulak kat tv al-hijrah maka dapat la saya tonton ditemani juraian-juraian air mata mengalahkan pelakon azean irdawati tu haaa...


Hati tisu betul la.Tapi cerita ni mmg sgt la best.Kisah banduan wanita yg mmpunyai latar belakang berbeza yg menubuhkan pasukan koir dalam penjara.Banduan2 ni di latih seorg banduan tua yg tgh tunggu masa hukuman mati.Mereka juga dibantu seorg polis wanita muda sbg pemain piano.Mmg sedih sgt cerita ni walaupun ada jugak elemen2 komedi diselitkan.
Cubala anda tengok cerita ni kat youtube.
Ni poster filem HARMONY
Oklah itu sahaja utk kali ini .Cuti sekolah pun dah bermula.Selamat semuanya ye..

2 comments:

Sudi-sudilah mengomen kat sini ye...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...