Friday, May 10, 2013

Navy and me..

Assalamualaikum,demam PRU 13 masih ada lagi nampaknya.Bagi aku pulak demam exam la pulak lepas nih. Assignment pun dah selamat di submit, so aku curi sikit masa gian nak tulis blog. Hari ni aku nak cerita sikit la rutin aku ni sebagai isteri seorang TLDM. Sebelum kawin aku memang tak tau apa pun pasal TLDM yang aku tau tentera darat je la sebab arwah papa aku dulu tentera darat.Bila kawin dengan en.suami barula aku terdedah sikit dengan apa itu TLDM. Sebagai isteri seorang navy, kesabaran yang tinggi harus ada..ye...lah dah 11 tahun aku belajar untuk bersabar dan berdikari.Maklumlah asyik kena tinggal je kan kalau ada operasi atau duti.Tapi yang tak bestnya bila en. suami belayar aku ditinggalkan...huaaaa....(huh ngengada)tapi belayar pun bukannya lama pun,paling lama 3 bulan je..tapi dalam 3 bulan tu, bersilat jugaklah aku urus semua benda sorang-sorang.Tapi takpe itu semua cabaran untuk aku dan pengalaman yang sangat berharga.

Kalau en. suami belayar aku la jadi driver tukang hantar, ambik en.suami kat kapal.Yang bestnya dapat la aku tengok macam-macam kapal perang yang ada kat jeti pengkalan tu.Bukan senang nak tengok kapal-kapal tu dari dekat, setiap kali aku dapat masuk kat jeti memang wow...besonya kapal..kejakunan aku sangat menyerlah..en.suami relax je keluar dari perut kapal.Aku memang teringin nak naik kapal tp kapal tldm ni bknnya blh sesuka ati je nak naik.Makanya aku hanya mampu tengok je.tapi yang paling best kalau en.suami belayar contohnya macam ke Langkawi, Sabah, Sarawak ataupun ke luar negara, mestilah aku akan meng`oder' cenderamata sebagai kenangan.(kalau dah main oder tu bukan nya cenderamata hoii).
tengok dari jauh nampak kecik je..pegi dekat-dekat,peel  jakun tiba-tiba datang
e.suami membawa cenderamata yang aku order hi..hi..
biasanya kapal en.suami parking kat jeti pengkalan

kadang-kadang kapal en.suami parking kat dockyard....yang tu kapal tu, bukannya  bangunan 
Haa...layan tak gambo kat atas tu? Itu la yang boleh aku cerita.Banyak lagi nak cerita tapi bantal dah memanggil-manggil aku nih...Jumpa lagi.

Friday, April 12, 2013

Padanya Ada Hikmah

Assalamualaikum,
Apa khabar semua.Macam biasa, ayat pembuka kata dah lama tak berblog.."Lamanya, tak update blog".awal-awal tahun memang semuanya tak dan.Nak tulis blog pun tak sempat.Ni pun ada sikit masa yang terluang.Bila dah sibuk(amboi ,kalah PM) macam-macam perkara akan dirungutkan.Dan memang sifat semulajadi aku suka sangat merungut walaupun dalam hati je(memang tak bersyukur beno aku ni kan). Dah banyak kali insaf kononnya tak nak merungut lagi,tapi asyik la aku ni digoda oleh syaitonnirrojim dan terpedaya lagi.Merungut lagi.Huiissyyy.Jadi sesekali aku ni muhasabah diri jugak la.Maklumlah dah meningkat usia ni,banyak benda yang membuatkan aku pandang ke belakang semula.Menilai diri.Pandang je ..tak lah sampai nak kembali macam dulu-dulu.Kebetulan dapat baucer buku 1M aku adalah beli sebuah buku ni.


dah lama rasanya tak beli buku .Kalau novel pun,aku baca bahagian muka surat akhir je,sebab dengan membaca ending pun aku dah tahu macam mana ceritanya.Wah hebat kan!
yang buat aku tertarik beli buku ni, tentulah disebabkan wajah yang ada di kulit buku tu,Prof. Dr. Muhaya dan kata-kata di kulit buku tu, 'Untuk manusia, Tuhan tidak pernah memberi kisah yang sia-sia'.Jadi kawan-kawan jom baca buku ni. Pengisiannya menarik sangat dan banyak perkara boleh di buat pedoman dalam hidup kita nih.Yela asyik layan ombak rindu, Adam dan hawa yang tebal bukunya  je kan sesekali tuko la pulak.Okla, jumpa lagi.


Friday, February 15, 2013

Cuti-cuti makan

Assalamualaikum,
Tahun baru Cina ni aku cuti seminggu,amboi kemain lama lagi.Tapi lepas ni siap la kena ganti. Aku tak pegi mana pun. Balik kampung sekejap lepas tu duduk di rumah sahaja. Bila duduk kat rumah mula perut asyik meragam je lagi-lagi cuaca pun mendung je. Anak aku lagi la asyik lapar je . Makanya aku pun buatlah sesuatu yang tak perlu aku masuk dapur banyak kali.Apa tu?Tadaaa.....
kek coklat
mushroom soup with croutons
Kek coklat ni aku buat sebab bahan-bahan memang dah ada. Senang anak-anak aku nak ulang-ulang makan. Mushroom soup tu pulak senang je aku guna mushroom campbell tu je.Haa...senangkan. Ada pulak roti yang dah dekat nak expired so aku buat croutons lepas tengok resepi kat  SINI. Ok jugak.Crouton ni boleh simpan kalau tak habis.Tapi tak dan simpan pun habis anak aku baham.Ok jumpa next entri.

Wednesday, February 13, 2013

12.2.2002 hingga 12.2.2013...11 tahun sudaaa.....alhamdulillah.



Assalamualaikum,
Lama tak update blog(ayat sama bila nak update blog)Muahaha.Ok..ok..semalam adalah hari special bagi aku sebab semalam genap 11 tahun aku mendirikan rumah tangga. Wah tak sangka, dah 11 tahun dah,rasa macam semalam je aku menikah ngan en.suami(kedengaran gak mengada-ngada).Rasa macam semalam je aku bergayut dengan en.suami guna telefon TM beso gedabak tu tiap-tiap malam sampai ke pagi tak hengat donia .Apapun alhamdulillah .Semoga jodoh kami akan terus bahagia dan berkekalan hingga ke Jannah.Amin.

Makanya sempena Ulangtahun kami ni aku pun buat la pavlova.Ni kali ke 2 aku buat tapi masih tak rangup luarannya.Bahagian dalam dah ok dah.Masalah oven atau aku yang tak reti buat. Hu..hu..tapi ok lah ada jugak rupa pavlova dan secukup rasanya. Pavlova ni kan rasa manis adunannya dan bila makan dengan buah-buah masam tu, memang fuh mabeles rasanya. Haa...macam tu la aku dengan en.suami,kadang-kadang masam,kadang-kadang manis biasa la tu kan. Barulah warna-warni kehidupan

tu dia meriah dengan buah-buahan
ok tak...ok tak..

Tuesday, January 1, 2013

31.12.2012....Selamat datang 2013

Assalamualaikum, 31.12.2012 sebenarnya adalah Hari Ulangtahun yang ke 10 anak aku yang sulung, Nur Nadia Aleeya. Tak sangka dah 10 tahun dah .Masih teringat lagi tanggal 31.12.2002. Sekarang dah 10 tahun berlalu, anak aku yang dulu kecik 2.9kg je, kuat melalak pulak tu...sekarang ni dah beso, pandai basuh pinggan,basuh kasut,goreng telur, masak air,buat air sirap, masak maggi siap tumis bawang putih,bawang kecik pecah telur segala, masak nasi pun dah pandai(bukan lah bermakna si ibunya pemalas masak ok....) dan paling hebat seterika baju sekolah sendiri (senang banyak ibu ko ye). Semoga anak ibu ni akan membesar menjadi anak yang berjaya dunia dan akhirat.In Shaa Allah.Amin.
kakak Nadia dah pakai spek
ramai yang kata muka kakak Nadia ikut muka en.suami
versi cerah sikit ha..ha..
Geng gaduh 
Pizza pepperoni yang tempting...
en.suami kalau makan pizza mesti nak cicah dengan sos cili, lagi sedap katanya...
Izzati penggemar tegar pizza selain kakak Nadia
tangkap gambo sendiri
makan tak henggat donia...abisla diet aku
tempat fevret anak-anak ku
kemain lagi izzati merasa gummy candy

 Sempena Hari ulang tahun kakak Nadia, tahun ni aku tak buat jamuan `birthday'.Selalunya tiap-tiap tahun aku akan buat di Ipoh rumah mak aku.Tahun ni sebab masa tak mengizinkan aku hanya bawa kakak Nadia makan makanan kegemarannya iaitu pizza. Malam tadi kami pergi Aeon(Aeon lagi hoi!) menikmati pizza yang sedap dan murah di food court Aeon tu.Harganya rm15 tapi saiznya saiz 'large' pizza yang kat pizza hut tu. Tak payah tunggu lama, 2 minit je pizza siap dimasak dan makan panas-panas.


Tahun 2012 dah pun berlalu. Tahun 2013 selamat datang. Selamat Tahun Baru semua yang singgah di blog ini, semoga di murahkan rezeki, umur yang panjang, diberkati dunia akhirat dan dipermudahkan segala urusan kita di muka bumi Allah ini. In Shaa Allah, Amin.



x

Sunday, December 30, 2012

Jalan-jalan Aeon Manjung

Assalamualaikum,
Salam hari Ahad semua.Buat apa tu? Aku pagi-pagi Ahad ni dok layan saluran Astro Ceria. Apekehalnya plak layan Ceria?Biasala ikut anak-anak punya taste.Terpaksalah layan. Lagipun cuti sekolah pun dah nak habis,bagi can la kat anak-anak.Lepas ni no..no..no..no..Korang tau tak,kat Manjung nih dah ada Aeon (dulu Jusco).Haa...bertambah la tempat aku window shopping dan melakukan pembaziran yang berhemah.Erk..berhemah? Semalam en.suami duty, makanya tinggal aku dengan anak-anak je so, Aeon la tempat kami jalan-jalan cuci mata.Bukan beli apa pun.Asalnya nak membeli baju sekolah anak-anak tapi tak taulah boleh tersasar pulak tujuannya.He..he..he..


Tempat wajib pergi,nama pun Popular kan
Semua barang harga rm5 tp kena pandai-pandai banding harga
sebab ada benda yang sepatutnya lagi murah regenya
yang bestnya ada perpustakaan
tengok je la

good..good..tengok jela ye
gambo dengan poster pun jadilah
tutti fruti yang lama diidamkan anak-anak aku, 
takleh makan selalu, rabak poket ibu korang
muka puas hati dapat rasa tutti fruti 
aku pun teringin jugak sampai kecik-kecik  mata he..he..
 Dah melantak tutti fruti ,boleh plak rasa lapar. 
So, tempat makan yang berpatutan harganya adalah food court.  



chicken teppanyaki kat food court Aeon
1 hidangan makan 3 orang


ramai betul manusia
Dah kenyang dah...apalagi, balik la..dengan perut kekenyangan.

Saturday, December 29, 2012

Back to school..

Assalamualaikum, lamanya tak berblog. Keadaan masa mmg tak mengizinkan aku nak berblog ni.Asal nak update entri je mula la aku terpikir kerja-kerja lain yang berlambak yang belum beres.Cuti sekolah pun banyak kerja ke? Dulu memang kalau cuti sekolah kerja aku membongkang je..senang lenang depan tv,jalan-jalan cari pasal...tapi tu dulu tapi sejak aku dah kembali bergelar sistua ni opss siswa..he..he..masa senggang aku tu sangatlah aku hargai dan memang aku memanfaatkan peribahasa masa itu emas tu dengan sebaik-baiknya(wah semangat!!!auta je tu... dok ngadap Fb boleh plak ye..).
Sejujurnya niat nak sambung belajar memang takde dalam kamus perancangan hidup aku.Cikgu-cikgu kat sekolah aku boleh kata semua nya dah sambung dan sedang sambung belajar tapi aku relax je..memang tegar betul la pendirian aku ni sampai 2 kali aku tolak tawaran PJJ yang aku dapat.Ramai jugak teman-teman yang bertanya kenapa tak sambung belajar.Aku tersengih je la sambil bagi jawapan yang munasabah.Bukannya apa , malas dah aku nak pikir pening-pening kepala buat assignment,baca buku, exam lagi..ditambah dengan masalah lain yang mengganggu pikiran.
Tapi perancangan Allah S.W.T siapalah yang tahu kan,akhirnya pada 29.9.2012 aku selamat bergelar siswa PJJ di UPSI. 
gambar gate UPSI  ambik kat google je...
Mula-mula tu rasa cuak jugak,boleh ke ni,macam mana kalau tak boleh?susah ke?adoii..tapi aku gagah jugak pegi daftar. Masa daftar aku tengok ramai bakal-bakal pelajar yang umurnya sebaya aku, dan ada cikgu-cikgu umur 40an ke atas pun masih bersemangat lagi nak belajo.Tiba-tiba barulah aku bersemangat. Kalau diorang boleh kenapa aku yang muda remaja nih...diulang sekali lagi...muda remaja nih(perasaan perasan melanda)...tak boleh nak harung 4 tahun yg akan datang.Maka bermulalah perubahan kehidupan aku berputar 360 darjah dan blog ni pun mula dipinggirkan.Hu..hu..
Dan semalam selesai exam untuk Sem 1.Fuh, lega.Bolehlah rehat sekejap otak aku ni ha.
Lepas ni boleh lah aku shopping baju,alatan sekolah anak-anak aku pulak. Betul-betul last minit nih.
Isnin ni dah mesyuarat  kali 1 pulak, dah lama tak nengok GB aku tu naik syeh(betul ke ejaan ni?) taim mesyuarat ha..ha..Azam aku 2013?..........

Thursday, October 18, 2012

assalamualaikum

Lama tak update blog, rindu pulak rasa nak berblog macam dulu.memang busy betul aku sekarang ni.Banyak kerja yang perlu di bereskan hujung-hujung tahun ni.Jadi hari ni aku curi skit masa update blog.Salah satu hari paling sibuk aku taun ni ialah Hari Sukan.Tahun ni aku bleh plak di lantik jadi   ketua untuk rumah Kuning. Makanya bertungkus-lumus la aku dengan semua Cikgu-cikgu rumah Kuning yang lain memastikan rumah kami menang.Walaupun yang bertandingnya anak murid tapi cikgu-cikgu pun eksaited gak nak menang.Ha..ha..ha...
Taun lepas pun aku rumah Kuning jugak tapi aku bukan ketua jadi taun lepas aku agak relax sikit.Tapi bila aku dah jadi ketua taun ni, fuh barula aku tau macam mana rasanya.
Hari sukan ni la sebenarnya masa lepaskan tension bagi aku walaupun nak menjayakannya tu kena tension dulu...Penat ko jadi cikgu sekolah rendah ni.Tapi seronok dengan budak-budak kecik ni.Macam layan anak kat rumah la.
Yang bestnya taun ni Rumah Kuning aku ni pukul habis semua rumah lain.Muahahahaha...Perbarisan terbaik,Johan keseluruhan,Olahragawan dan Olahragawati Terbaik semuanya rumah aku sapu.Bangga betul aku dengan anak-anak murid aku.Jom layan gambo.
       Fantasy Arabian adalah tema rumah kuning
Aladdin,Jin dan Puteri Jasmin
ni kengkonon tentera-tentera  Aladdin
Ni pulak dayang-dayang Puteri Jasmin
Aladdin dan Puteri terpaksa bawak bendera dan papan sepanduk,
Jin relax pegang teko ajaib hu..hu..
Bangga kembang kempis hidung bila tgk gambo nih..
Sebahagian cikgu-cikgu rumah kuning
yg byk mmbantu,sebahagian lagi tak sempat nak bgambo.
rumah merah
rumah biru angry bird
maskot rumah merah adalah cili
cikgu-cikgu rumah hijau dan maskot ninja turtle

smpat lagi tu bgambo ..*P
Ni kakak nadia, dah pakai topeng aku pun tak kenal
anak aku yg mana satu hu..hu...
Apa-apa pun aku sgt-sgt berterima kasih pada semua cikgu-cikgu rumah kuning kerana berjaya melatih murid-murid dan memberi kerjasama yg baik sehingga rumah kuning jadi  juara taun ni.Tahniah dan terima kasih pada anak-anak murid rumah kuning yang telah berjaya dan memberi kerjasama yang baik pada cikgu-cikgu.Jumpa lagi.


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...